DC Breaker For Solar & Campervan Wiring
RM36.00 – RM65.00
Breaker adalah alat keselamatan elektrik yang direka untuk melindungi litar elektrik daripada kerosakan yang disebabkan oleh arus berlebihan atau litar pintas (short circuit).
Fungsi asas breaker adalah melindungi kabel dan seterusnya peralatan untuk mengelakkan risiko kebakaran. Berbeza dengan fius, bila berlaku litar pintas atau arus berlebihan, fius perlu diganti. Manakala breaker boleh disetkan semula (dihidupkan semula) secara manual atau automatik bagi meneruskan pengoperasian. Breaker juga dikenali sebagai OCPD (Over Current Protection Device).
Walaupun bentuk dan rupa hampir sama, AC dan DC Breaker adalah berbeza. Breaker DC TIDAK boleh digunakan dalam litar AC dan begitu juga dengan Breaker AC TIDAK boleh digunakan dalam litar DC. Apa yang membezakan DC Breaker dan AC Breaker adalah dari segi penindasan arka (Arc Suprression) yang mana kedua-duanya mempunyai cara yang berbeza disebabkan perbezaan aliran elektron dalam litar AC dan DC.
Gambar di atas menunjukkan dua inverter sebagai Load 12V dan Load 24V. Sistem Voltage samada 12V atau 24V ini mempengaruhi nilai current dan seterusnya Amp Rating breaker yang diperlukan. Walaupun kedua-duanya mempunyai maksimum output yang sama iaitu 2000 Watt. Pemilihan saiz atau rating breaker adalah berdasarkan Arus/Current yang akan melalui kabel dan juga breaker tersebut. Sebagai contoh untuk Arus 100 Amp, 100Amp perlu didarabkan dengan 1.25 jadi nilai rating breaker yang sesuai untuk Arus 100Amp adalah = 125Amp. Dalam pemasangan sebenar, kita boleh gunakan breaker yang lebih besar, TETAPI kena pastikan TIDAK lebih tinggi daripada maksimum Rating Current untuk kabel yang digunakan.
12 Volt
166.6Amp X 1.25
208.25 Amp (200Amp / 250Amp)
24 Volt
83.3 Amp X 1.25
104 Amp (100Amp/125Amp)
RM36.00 – RM65.00