Perkara Wajib Kena Tahu Dalam Pemasangan Sistem Kuasa Solar

Power

Power (kuasa) adalah ukuran berapa banyak tenaga yang digunakan oleh sesuatu peralatan elektrik. Ia juga sebagai ukuran jumlah tenaga yang akan digunakan dalam sesuatu tempoh masa.

Unit SI bagi Power (kuasa) adalah Watt dan simbol bagi Power(kuasa) adalah W

Formula Kiraan Power:

P  = I x V
P (kuasa) = I (arus) x Voltage(voltan)

Contoh Kiraan:

Sebuah kipas angin memerlukan Voltage 12 Volt DC dan Current (arus) 5 Amp untuk berfungsi, berdasarkan formula di atas Power(kuasa) adalah :

P  = I x V
P = 5 Amp x 12 Volt
P = 60 Watt

Berdasarkan kiraan tadi kita dapat tentukan jumlah tenaga dalam Watt yang diperlukan untuk menghidupkan kipas angin tersebut. Dalam contoh tadi, kipas tersebut menggunakan 12 Volt DC dan bagi kiraan peralatan AC 240V (Alternating Current) adalah menggunakan formula yang sama.

Kongsikan Dengan Yang Lain!
VIDEO TUTORIAL
PERALATAN
No results found.
No results found.
error: Content is protected !!