Fungsi bateri adalah untuk menyimpan cas atau tenaga elektrik. Jumlah tenaga yang boleh digunakan adalah berdasarkan jumlah Wh. Wh adalah hasil darab antara Voltage dan Kapasiti Bateri (V x Ah).Sebagai contoh, bagi sebiji bateri dengan jumlah tenaga 1000Wh, dalam tempoh 1 jam, ia mampu membekalkan tenaga 1000W bagi tempoh 1 jam. Jika peralatan elektrik tersebut adalah hanya 100W sahaja. Perlaatan tersebut boleh dihidupkan selama 10 jam dengan bateri tersebut.
Berapa lama bateri boleh bertahan dan hidupkan peralatan? Ini ada soalan yang agak sukar dijawab kerana ia bergantung kepada power rating peralatan tersebut. Dalam video ni saya kongsikan tentang cara kita nak tentukan berdasarkan jumlah tenaga atau Wh. Dan apa kelebihan bateri Lithium LiFePO4 yang akan digunakan untuk projek DIY Portable Power Station 2023.